Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

7 Faedah zikir

Assalamu'alaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati
kita semua...

Mengingati Allah dengan membaca zikir
merupakan pokok daripada syukur.
Manfaat yang besar dapat diperolehi
dengan mengerjakan amalan ini. Tapi
sayang sekali kebanyakkan orang
melupakan dan melalaikannya. Padahal
terdapat banyak faedah zikir di antaranya
adalah:

1. Mendatangkan pertolongan Allah
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya
Aku akan mengingati kamu.” (QS. al-
Baqarah: 152)

2. Mendatangkan keampunan dan pahala
yang besar
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Orang-orang yang banyak berzikir
kepada Allah, lelaki ataupun perempuan,
maka Allah sediakan untuk mereka
ampunan dan pahala yang sangat
besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

3. Sebab hidupnya hati
Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan orang yang mengingati
Rabbnya (Allah) dengan orang yang
tidak mengingati Rabbnya, seperti
perumpamaan orang yang hidup dengan
orang yang sudah mati.” ~HR. Bukhari~

4. Mendatangkan ketenteraman jiwa
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Ingatlah, dengan mengingati Allah maka
hati akan menjadi tenteram.” (QS. ar-
Ra’d: 28)

5. Jauh dari perangkap syaitan
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Barangsiapa yang berpaling dari
mengingati ar-Rahman maka akan Kami
jadikan syaitan sebagai pendamping
yang selalu menemaninya.” (QS. az-
Zukhruf: 36)

6. Jalan menuju keikhlasan
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang munafik itu
hendak menipu Allah, tetapi Allah
membalas tipuan mereka. Apabila mereka
berdiri untuk solat, mereka lakukan
dengan malas. Mereka melakukan
dengan riyak (ingin dipuji) di hadapan
manusia. Dan mereka tidak mengingati
Allah kecuali sedikit sekali. (QS. an-
Nisaa’: 142)

7. Perlindungan Allah pada hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda, “Ada tujuh
golongan yang mendapatkan naungan
Allah pada hari kiamat. Diantaranya
adalah seorang lelaki yang mengingati
Allah dalam keadaan sepi, kemudian
menitislah air matanya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Renungan bersama: Dan yang perlu
diingat bahawa zikir yang benar adalah
yang dilandasi keikhlasan niat dan
dikerjakan dengan mengikuti Sunnah
Nabi SAW.

Wordle - Grafik Tulisan Yang Mudah

Assalamualaikum.. 
Asib tercari-cari bagaimana nak buat grafik tulisan yang macam dalam gambar ni.




Akhirnya Asib jumpa juga. Cari punya cari jumpa juga. Asib pon buat satu. *test saja*
Tak sangka juga hasilnya boleh tahan *opss. Terpuji plak* Mungkin sesetengah orang berminat dengan buat tulisan ni. Ni hasil yang Asib buat :

*nama-nama kengkawan sekolah, hubungan persahabatan masih terjalin
*bnyak nama yang x ingat


Bawah ni ada contoh-contoh:
  




*banyak lagi contoh-contoh 

klik sini untuk link
This entry was posted in

Monday, August 4, 2014

Raya ke-3 rumah sahabat

Assalamualaikum…
Banyak duit raya yang korang dapat? Kalau kita masih budak-budak, mungkin dah dapat punya. Tapi umur semakin meningkat. Toi tak? (*dah dewasa) .  Bagi asib, raya yang paling bermakna bila kita dapat bermaafan dengan keluarga,saudara mara,kwan-kawan dan lain-lain.  Hehehe … Duit raya tak penting sangat, yang penting semangat nak beraya di rumah kawan. Tudia aih.. 


*lanskap rumah dia memang cantik (tuan rumah kami yang kami beraya ni dia tak dak, dia yang jadi tukang ambil gambar)


 Dapat duit raya , ringan-ringankan tangan untuk sedekah dan berdoa kepada saudara kita di Gaza
#PrayForGaza


Sunday, July 27, 2014

Hari Raya Tak Lama Lagi

Photo: Assalamualaikum..
*aidilfitri(laju sgt taip sampai silap)

 kepada yg mengenali diri saya (Asib) n semua warga facebook... nak habaq skit.. Ramadhan dah nak abis, Sebelum Ramadhan nak abis ni.. Nak mohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tersilap bicara.. semua 'ter2' lha... Manusia ni kalau buat salah bukannya nak nampak.. betoi x? 
lagi satu, ada pantun khas untuk ampa semua..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa. Mohamad Hafiz

klik sini tambah duit raya http://remajacomot.readthisstory.net/my-8023260
http://remajacomot.readthisstory.net/my-7973696 
http://remajacomot.readthisstory.net/my-7973668
Assalamualaikum..
*aidilfitri(laju sgt taip sampai silap)

kepada yg mengenali diri saya (Asib) n semua warga facebook... nak habaq skit.. Ramadhan dah nak abis, Sebelum Ramadhan nak abis ni.. Nak mohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tersilap bicara.. semua 'ter2' lha... Manusia ni kalau buat salah bukannya nak nampak.. betoi x?
lagi satu, ada pantun khas untuk ampa semua..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa

Meriahnya Di Pekan Rabu

Assalamualaikum...
Tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua(yg islam). Syawal yang menggantikannya. Ini bermakna Semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Baju raya korang dah beli? Sudah.. Baru0baru ni Asib ada pergi jenjalan dekat Pekan Rabu, maklumlah dah lama tak datang Pekan Rabu ni. Last datang Pekan Rabu, tahun 2012. (lama jugak 2). Kebetulan jenjalan dekat situ, ada jualan sempena nak raya ni.. banyak barang yang murah-murah . Jemputlah datang. Kepada yang belum beli baju raya 2. Datang lah jenguk-jenguk Pekan Rabu ni.




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Kosong-kosong yer
Tambahkan duit raya klik sini sini

Thursday, July 24, 2014

Tip Mengurus Bisnes Secara Profesional

Assalamualaikum..
Ramai yang berpendapat, cabaran utama usahawan-usahawan wanita adalah menjadikan bisnes di rumah sebagai sesuatu yang penting yang perlu diurus dengan professional. Panduan ini mampu membantu kepada sesiapa yang berminat dalam mengurus bisnes dengan cara yang lebih baik dan professional.

Tempat khusus bagi bekerja
bina sebuah bilik ataupun sediakan sebuah meja pada sudut yang dikhaskan bagi bisnes sahaja.
Ia juga dapat membantu menyediakan minda kita bertukar daripada focus kerja-kerja rumah  kepada kerja-kerja berkaitan bisnes yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Blok masa khusus bagi pengedalian bisnes di rumah
Cari satu blok msa yang dikhaskan bagi urusan perniagaan kita. Beritahu ahli keluarga blok masa kita yang dikhaskan ini bagi mendapat persetujuan daripada mereka. Katakan juga kita akan sentiasa bersama mereka sekiranya blok masa bisnes kita sudah tamat.

Sediakan mesin menjawab telefon dan peti simpanan suara
Hal ini bagi memudahkan untuk mengurus panggilan ketika kita tiada di pejabat. Balas semua pesanan dengan cepat. Kemas kini pesanan keluar walaupon sepatutnya hanya perlu menukar tarikh.

Sentiasa membawa kad bisnes
Sentiasa membawa kad bisnes dan juga buku temu janji bersama kita walau di mana juga kita berada. Cara begini bagi memudahkan kita sekiranya ada kawan-kawan ataupon pelangggan yang tiba-tiba kita temui di luar yang mahukan temu janji dengan kita.

Mempunyai rancangan perniagaan(Business Plan)
Sebagai usahawan perlu mempunyai perancangan bisnes dan sentiasa memeriksanya sama ada kita menepati masa yang dijadualkan bagi mencapai matlamat kita atau sebaliknya. Sentiasa fokus denagn tugasan harian dan sentiasa melihat ke hadapan mengenai peluang-peluang bisnes yang mungkin boleh dicapai.

Berkeyakinan tinggi
Sentiasa berkeyakinan tinggi dalam diri dan bisnes yang dijalankan. Walaupun kadang-kadang sedikit sebanyak timbul perasaan goyah dalam hati kita.Daripada keyakinan kita, baru pelanggan akan mempercayai produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kita.

  
Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’


Tip Menangani Kegagalan Bisnes Di Rumah

Assalamualaikum…
Asib nak kongsikan sedikit info yang menarik. Asib ada terbaca buku yang ada pelbagai info mengenai bisnes. Mungkin tip ni boleh membantu pada yang berminat mengenai bisnes.

Beberapa tips di bawah boleh membantu kita menangani kegagalan bisnes terutamanya dalam motivasi diri bagi berjuang:
  • Sekiranya bisnes pertama tidak Berjaya, kita perlu belajar dan mencuba sekali lagi dengan semangat bersungguh-sungguh hingga Berjaya.
  • Tetapkan pendirian hingga idea bisnes kita Berjaya. Jangan mudah menyerah kalah. Sentiasa mencari-cari peluang supaya maju ke hadapan kea rah pasaran yang berbeza dan belum pernah ditembusi orang.
  • Sentiasa menumpukan perhatian dan fokus kepada cita-cita dan visi bisnes kita. Sentiasa maju ke hadapan dan tidak sekalipun mundur kerana sesuatu halangan ataupun cabaran.
  • Sentiasa rasa bangga apa dengan yangkita capai dan sentiasa mempelajari segala kesilapan dan pegelaman dalam perjalanan pencapaian cita-cita kita.
  • Sentiasa member pertolongan kepada usahawan-usahawan yang menghadapi masalah dalam perjalanan bisnes kita itu. Mengikut hokum alam, setiap pertolongan akan sentiasa diberi balasan yang baik.
  • Jangan takut hendak memulakan lebih daripada satu bisnes yang betul-betul mencabar pada satu. Sekiranya satu bisnes lain yang ada masa depan yang baik dalam pasaran.


Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’

Thursday, July 10, 2014

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sapa nak dekat kalau asyik nak marah ja.. bawa2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punya..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnya time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. 

info dari sini

Tuesday, July 1, 2014

Kelebihan Bulan Ramadhan

‎Assalamualaikum...


1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Info dari Facebook

Tuesday, June 24, 2014

Faedah Menangis Dan Manfaatnya

Faedah Menangis Dan Manfaatnya

Tengah mencari info untuk kertas kerja, terbaca satu info yang menarik.Saya ambil info ni dari blogger seseorang.dalam erti kata lain share. Saya pon xtahu plak, yang menangis ni ada faedah dan manfaatnya juga. 

Menangis dan manfaatnya. Sama ada Tangisan Emosi atau Fizikal, air mata yang mengalir ketika menangis tidaklah sia-sia. Jadi, apakah manfaatnya bila seseorang itu menangis. Apakah Faedah Menangis kepada Manusia. Sebelum itu, kita terlebih dahulu perlu tahu, Kenapa Manusia Menangis. Why People Cry


Selain Tangisan Fizikal dari kesakitan, Secara umumnya, manusia itu menangis kerana berlaku perubahan emosi atau perasaan yang terjadi secara mengejut atau mendadak. Tempoh Masa Senggang dan Enzim Lysozym yang terhasil ketika seseorang itu menangis diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan dan mengurangkan ketegangngan saraf seseorang manusia.

Faedah Menangis dan Manfaatnya

Menahan perubahan emosi seperti rasa marah atau malu hanya akan meningkatkan tekanan dalam hidup seseorang itu. Ketegangan saraf yang tidak dikawal boleh menyebabkan sakit kepala, dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, menangis bukannya kelakuan yang memalukan. Terdapat banyak Manfaat dan Faedah diperolehi dari menangis.

MENANGIS ADALAH KATA-KATA CINTA

Emosi yang kuat dan perubahan perasaan yang mendadak akan membuat seseorang itu mengalirkan air mata sejati. Emosi yang kuat dan berat selalu ada pada cinta. Mengenai cinta, banyak kata-kata yang tak mampu menyampaikan rasa atau perasaan yang cuba kita luahkan. Even a picture can mean a thousand words sekalipun ia belum dapat melukis gambaran cinta yang cuba kita sampaikan. Mungkin tangisan air mata sejati saja paling hampir meluahkan kata-kata cinta.

TEKANAN MENGALIR BERSAMA AIR MATA

Ketika Jiwa Manusia berat perasaan tertekan atau berada dalam kesedihan yang melampau. Aliran darah menjadi tidak keruan. Ketika itu, air mata akan membantu dalamkeseimbangan emosi. Menenangkan gelora dalam jiwa lalu menghilangkan tekanan yang ada. Jika boleh, menangis saja sepuasnya, usah biarkan bebanan menghancurkan kehalusan jiwa manusia. Tekanan Mengalir bersama Air Mata.

AIR MATA PADAMKAN API KEMARAHAN

Marah adalah Api. Amarah mampu membakar diri dan apa saja di sekelilingnya. Merujuk sifat semulajadi, air boleh memadamkan api. Sama juga dengan menangis, Air Mata padamkan Api Kemarahan. Merujuk pengalaman, ketika pasangan bertengkar, biasanya wanita akan menangis. Ketika itu, jika dihalusi, mungkin keseluruhan Api Kemarahan si lelaki akan terpadam. Paling tidak air mata itu mungkin mampu menghalang Api Amarah dari terus merebak. Menangis adalah salah satu cara yang efektif membuat lelaki berhenti marah.

TITIS AIR MATA MENENANGKAN

Setelah menangis, maka Anda akan merasa lebih tenang lalu menjadikan minda lebih rasional. Keputusan dalam Mode Minda Rasional banyak membuktikan ia adalah pilihan paling baik yang mampu dibuat oleh manusia. Jadi, biarkan masalah mengalir bersama air mata. Cara semulajadi keluarkan bebanan dari fikiran manusia.

TANGISAN DAN SIMPATI

Air mata menitis dari setiap tangisan dapat meraih simpati dari mereka yang melihatnya. Ia adalah salah satu manfaat yang selalu disalahguna oleh sesorang yang suka mengambil kesempatan. Selain itu Tagisan juga dapta menunjukkan rasa simpati terhadap orang lain. Luahan simpati seperti menangis kerana melihat kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana alam. Simpati boleh diterima atau diberi melalui tangisan.

MENANGIS UNTUK KESIHATAN DIRI

Air mata adalah agen anti-bakteri semulajadialami. Enzim Lysozym dalam air mata cukup kuat untuk membunuh bakteri yang ada di sekitar mata. Ia adalah faedah yang terbaik untuk manusia. Menangis untuk kehidupan yang lebih sihat. Maka cubalah untuk menangis demi kesihatan diri.

WHY PEOPLE CRY

People cry, not because they're weak. It's because they've been strong for too long. Baca juga Titis Air Misteri Rahsia Air Mata di Air Mata Sebagai Penawar.Beyond the door, there's peace I'm sure and I know there'll be no more. Tears in heaven. Menangislah sekiranya kita berpeluang melakukannya. Namun sebelum itu, pastikan ia adalah air mata yang sejati.

info dari: sini

Saturday, June 14, 2014

Tips : Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk

assalamualaikum...
Saya ada terbaca entry dekat blog abang ni http://www.akupenghibur.com/ banyak entry yang menarik.
Perempuan merajuk?.Kepada  yang lelaki tu sila ambil perhatian dan yang wanita itu boleh boleh ambil sebagai tauladan.

Pertama : Mintak Maaf Kepadanya
Kepada Lelaki semua perempuan nie berjiwa lembut, mintalah maaf mengunakan nada yang perlahan dan zahirkan apa salah kamu ,terus terang dan ..cewah hehe mintak la maaf cakap apa salah kamu,terus terang. Cakap hal sebenarnya,perempuan suka lelaki yang jujur..

Kedua :Belikan Hadiah
Kalau mintak maaf juga tak jadi juga, apa kata belikan si dia hadiah yang  dia suka seperti coklat, bunga, teady bear dan sebagainya.Sebenarnya ketka ini dia mungkin menguji untuk melihat kamu peka tak apa yang si dia tu suka.
Ketiga :Buatlah Kejutan
Kejutan tu mean berilah sesuatu yang akan di ingat sampai bila-bila,contoh bawa tepi pantai pasang lilin banyak-banyak bentuk love (untuk mereka yang sudah berkahwin di galakkan).

Keempat :Buat Lawak 
Perempuan suka lelaki yang pandai berjenaka ,aah mase nie la tujukkan bakat yang terpendam buat lawak dengan dia cuba hiburkan hati si dia. Kurangkan ego biarlah orang tengok pelik  asalkan dapat hiburkan hati dia

Kelima :Gunakan Lagu ..
Ahh zaman sekarang semuakan mesti ada kaitan dengan lagu-lagu .Masa bertemu lagu lain,mase bercinta lagu itu la inilah .Masa putus lagu lain. Cuba memujuknyan dengan memainkan lagu yang dia suka.Kalau suara sedap bolehlah nyanyikan untuk si dia.

Keenam: Berdoa kepada Allah

Jangan lupa berdoa kepada Allah agar di lembutkan hatinya dan mestilah seiring dengan usaha.

Ketujuh : Buat  Tak tahu 
Cara nie adalah paling banyak lelaki gunakan buat tak tahu bila perempuan merajuk.Tak ada jiwa betul dengan alasan nanti elok la dia.Sebenarnya elok juga memberikan masa kepadanya untuk tenangkan fikiran ,bila dia dah berasa lebih baik ,boleh datang minta maaf.

Kelapan: Merajuk Balik 
Kalau semua cara tak menjadi cara yang paling berkesan.aah buat muka kesian lepas tu buat-buat la merajuk balik. Pandai-pandailah nak idup labu .

Betul apa yang owner yang taip entry ni, perempuan ni jiwanya lembut, lemah lembut, bertolak ansur jika kena dengan caranya. Baisanya merajuk tak lama, perempuan mane yang tak merajuk??? kadang-kadang tu mereka saja merajuk supaya anda berikan perhatian pada mereka.Sudah dapat sedikit infomasi, gunakan cara yang sesuai dengan kamu.

Info dari : klik sini
This entry was posted in

Wednesday, June 11, 2014

Tips : Cara muhasabah diri

Assalamualaikum...
Bagaimana untuk muhasabah diri? Muhasabah diri boleh dilakukan dengan 2 cara:

1.Menilai diri sendiri
 -cara ni sesuai digunakan bagi orang-orang yang mampu berkomunikasi dengan dirinya sendiri, menilai dirinya secara telus dan jujur.Duduk bersendirian dalam suasana yang tenang, sebaiknya pada tengah malam dan beberapa perkara perlu ditanyakan pada dirinya sendiri.
Antaranya:
  • Adakah solat yang aku lakukan selama ini diterima Allah?
  • Adakah puasa Ramadhan yang aku lakukan benar-benar menjadikan aku seorang yang bertakwa?
  • adakah selepas aku melalui Ramadhan aku menjadi lebih baik?
  • Adakah puasa aku diterima oleh Allah?
  • Adakah aku telah mendapat keampunan Allah setelah berlalu Ramadhan?
  • Adakah aku semakin hampir dengan Allah atau semakin jauh daripada-Nya?
2.Membukakan hati dan berlapang dada untuk dinilai oleh orang lain

-Ini kerana orang lain lebih nampak kesalahan yang telah kita lakukan berbanding diri sendir. Cara ini hendaklah oleh orang yang jujur dan ikhlasyang memperbaiki diri kita. Orang yang muka atau kaki bodek tidak boleh membantu untuk menilai dan muhasabah diri kita.

Thursday, May 29, 2014

Tips : Lima Cara Pilih Sahabat Sejati & Setia

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya .Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu. Dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi. Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia
This entry was posted in

Wednesday, April 23, 2014

Tips : Berfesyen untuk lelaki tubuh kurus

Memang tidak dinafikan, bagi lelaki yang memiliki susuk tubuh yang kurus dilihat lebih mudah mengayakan atau berfesyen kerana golongan ini senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya
Tetapi jika terlalu kurus, ia seperti mendatangkan masalah pula, jangan pula dihairankan jika golongan seperti ini dilihat lebih cerewet dalam memilih pakaian
Penulis dengan ini berbesar hati ingin berkongsi tips untuk jejaka diluar sana yang berbadan kurus untuk kelihatan kemas dan maskulin dengan fesyen gaya santai berdasarkan beberapa tinjauan perspektif di sekeliling

Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Ini yang selalu penulis lihat, sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, memang si pemakai akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, anda akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” anda juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita

Pilih pakaian berwarna putih disamping grafik warna atau corak
Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat anda kelihatan sedikit berisi

Elakkan memakai pakaian mempunyai leher v atau bulat
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher jinjang atau panjang, justeru itu elakkan memakai t-shirt berleher v atau bulat kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap

Seluar jeans
Mengenai seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya
fesyen rambut spikey lelakitips fesyen untuk lelaki badan kurus
Gayaan rambut
Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus
Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun buat fesyen rambut sedikit “spikey”



This entry was posted in

Saturday, April 19, 2014

Tips : Makna Hadiah Lelaki Kepada Wanita/Wanita Kepada Lelaki

Hey.. selamat pagi, selamat petang n selamat kuga kepada pembaca blog ni
Mungkin ampa semua da BF/GF ataupun buah hati ka, kekasih ka. Pernah BF/GF ampa bagi hadiah? mesti pernah kan. Manusia ni kalau dapat hadiah mesti seronok punya. tol x? Cek kalau dapat hadiah pon seronok. (acah-acah ja). Disebalik hadiah 2 ada makna tertentu. Macam kat bawah ni:

? JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu
? CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi
? GELANG - Tanda mesra
? RANTAI - Ikatan cinta yang perlu perhatian
? KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin
? PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
? PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
? MINYAK WANGI - Tanda cinta
? BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur
? BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang
? COKLAT - Semanis cintamu
? LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
? SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ?
? HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun            (melainkan kalau handphone itu ditutup)
? TEDDY BEAR - Tandanya akus entiasa ada dihatimu dan mengambil berat tentang dirimu

Tetapi hadiah yang paling di nantikan oleh setiap perempuan adalah...
MENIKAHINYA - Tandanya dia serius dan betul-betul ikhlas mencintaimu...  masih ada lagi ke yg mcm ni

This entry was posted in

Wednesday, April 16, 2014

info:Merajuk Katakan

Hai ampa semua, apa habaq? …
hari ni aku loghat kedah skit. Maklumlah kat tempat aku belajaq, klau aku ckap kedah depa x pham.Kat blog aku, dah kira ok la. Boleh jugak aku loghat kedah. Nak balek kedah lambat lagi. Kalau ada cuti 2 minggu, aku akan balek. tapi balek cuti 2 minggu macam cuti 1 minggu ja. Memang x puaih aih. Bak hang…

Ampa penah dengar perkataan MERAJUK ?
mesti ampa penah dengaq kan. Aku pantang kalau orang buat-buat merajuk ni. Kalau pompuan merajuk boleh gagah lagi tahan. Ni kan laki.(aku ckap macam aku x penah majuk plak). Hehe
J
back 2 story aku… ni nak habaq mai.. Kalau ada orang yang merajuk depan aku 2, aku senang ja . Aku akan ckap laguni ‘hang xpayah aih duk wat merajuk depan aku ni’ . For information, aku ni x pandai nak pujuk-pujuk. Tapi kalau pompuan merajuk, aku cuba jugak pujuk. (memilihnya aku ni)



(gambar budak merajuk'tenung masa depan kot')

Tanda-tanda orang merajuk:

1.Diam seribu bahasa
 -Dia diam ja sepanjang ampa bersama dengan si dia.Kalau ampa bercakap pon mesti dia hanya menganguk ja. Dia sedikit pon x melayan ampa macam sebelum-sebelum ni.Dah sah dah, mesti dia tengah merajuk

2.buat tak tahu
-dia buat xtahu ja tentang ampa. Selalu nya dia akan mengambil berat tentang ampa, tapi dia buat x endah ja.Ampa punya la taip punya panjang berjela, tapi dia Cuma balas ‘hemmmm’. Pandai-pandai piker la napa dia macam 2.(merajuk)

3.menolak untuk berjumpa
-yang macam ni pon susah jugak. Nak jumpa pon xboleh. Pompuan akan bagi pelbagai alasan supaya x berjumpa dengan ampa. Nak jumpa walau 5 minit pon xboleh. Ish2!!

4.matikan telefon
-ini yang bahaya. Selalunya pompuan yang selalu off fon ni. Maklumlah xmaw bagi perasaan terganggu.
Kalaw off fon x baguih, takut-takut  time 2 ada panggilan kecemasan. Nak tepon tapi x dapat, tepon sampai ambis kedit. Asyik operator ja angkat.Yang jenih merajuk off fon ni, mintak jangan duk wat dah noh.


peace!!
maaflah kalau x beberapa faham.. ampa 2 tuju pada anda
This entry was posted in