Thursday, July 24, 2014

Tip Mengurus Bisnes Secara Profesional

Assalamualaikum..
Ramai yang berpendapat, cabaran utama usahawan-usahawan wanita adalah menjadikan bisnes di rumah sebagai sesuatu yang penting yang perlu diurus dengan professional. Panduan ini mampu membantu kepada sesiapa yang berminat dalam mengurus bisnes dengan cara yang lebih baik dan professional.

Tempat khusus bagi bekerja
bina sebuah bilik ataupun sediakan sebuah meja pada sudut yang dikhaskan bagi bisnes sahaja.
Ia juga dapat membantu menyediakan minda kita bertukar daripada focus kerja-kerja rumah  kepada kerja-kerja berkaitan bisnes yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Blok masa khusus bagi pengedalian bisnes di rumah
Cari satu blok msa yang dikhaskan bagi urusan perniagaan kita. Beritahu ahli keluarga blok masa kita yang dikhaskan ini bagi mendapat persetujuan daripada mereka. Katakan juga kita akan sentiasa bersama mereka sekiranya blok masa bisnes kita sudah tamat.

Sediakan mesin menjawab telefon dan peti simpanan suara
Hal ini bagi memudahkan untuk mengurus panggilan ketika kita tiada di pejabat. Balas semua pesanan dengan cepat. Kemas kini pesanan keluar walaupon sepatutnya hanya perlu menukar tarikh.

Sentiasa membawa kad bisnes
Sentiasa membawa kad bisnes dan juga buku temu janji bersama kita walau di mana juga kita berada. Cara begini bagi memudahkan kita sekiranya ada kawan-kawan ataupon pelangggan yang tiba-tiba kita temui di luar yang mahukan temu janji dengan kita.

Mempunyai rancangan perniagaan(Business Plan)
Sebagai usahawan perlu mempunyai perancangan bisnes dan sentiasa memeriksanya sama ada kita menepati masa yang dijadualkan bagi mencapai matlamat kita atau sebaliknya. Sentiasa fokus denagn tugasan harian dan sentiasa melihat ke hadapan mengenai peluang-peluang bisnes yang mungkin boleh dicapai.

Berkeyakinan tinggi
Sentiasa berkeyakinan tinggi dalam diri dan bisnes yang dijalankan. Walaupun kadang-kadang sedikit sebanyak timbul perasaan goyah dalam hati kita.Daripada keyakinan kita, baru pelanggan akan mempercayai produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kita.

  
Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’


0 comments: