Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Tip Mengurus Bisnes Secara Profesional

Assalamualaikum..
Ramai yang berpendapat, cabaran utama usahawan-usahawan wanita adalah menjadikan bisnes di rumah sebagai sesuatu yang penting yang perlu diurus dengan professional. Panduan ini mampu membantu kepada sesiapa yang berminat dalam mengurus bisnes dengan cara yang lebih baik dan professional.

Tempat khusus bagi bekerja
bina sebuah bilik ataupun sediakan sebuah meja pada sudut yang dikhaskan bagi bisnes sahaja.
Ia juga dapat membantu menyediakan minda kita bertukar daripada focus kerja-kerja rumah  kepada kerja-kerja berkaitan bisnes yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Blok masa khusus bagi pengedalian bisnes di rumah
Cari satu blok msa yang dikhaskan bagi urusan perniagaan kita. Beritahu ahli keluarga blok masa kita yang dikhaskan ini bagi mendapat persetujuan daripada mereka. Katakan juga kita akan sentiasa bersama mereka sekiranya blok masa bisnes kita sudah tamat.

Sediakan mesin menjawab telefon dan peti simpanan suara
Hal ini bagi memudahkan untuk mengurus panggilan ketika kita tiada di pejabat. Balas semua pesanan dengan cepat. Kemas kini pesanan keluar walaupon sepatutnya hanya perlu menukar tarikh.

Sentiasa membawa kad bisnes
Sentiasa membawa kad bisnes dan juga buku temu janji bersama kita walau di mana juga kita berada. Cara begini bagi memudahkan kita sekiranya ada kawan-kawan ataupon pelangggan yang tiba-tiba kita temui di luar yang mahukan temu janji dengan kita.

Mempunyai rancangan perniagaan(Business Plan)
Sebagai usahawan perlu mempunyai perancangan bisnes dan sentiasa memeriksanya sama ada kita menepati masa yang dijadualkan bagi mencapai matlamat kita atau sebaliknya. Sentiasa fokus denagn tugasan harian dan sentiasa melihat ke hadapan mengenai peluang-peluang bisnes yang mungkin boleh dicapai.

Berkeyakinan tinggi
Sentiasa berkeyakinan tinggi dalam diri dan bisnes yang dijalankan. Walaupun kadang-kadang sedikit sebanyak timbul perasaan goyah dalam hati kita.Daripada keyakinan kita, baru pelanggan akan mempercayai produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kita.

  
Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’


Tip Menangani Kegagalan Bisnes Di Rumah

Assalamualaikum…
Asib nak kongsikan sedikit info yang menarik. Asib ada terbaca buku yang ada pelbagai info mengenai bisnes. Mungkin tip ni boleh membantu pada yang berminat mengenai bisnes.

Beberapa tips di bawah boleh membantu kita menangani kegagalan bisnes terutamanya dalam motivasi diri bagi berjuang:
  • Sekiranya bisnes pertama tidak Berjaya, kita perlu belajar dan mencuba sekali lagi dengan semangat bersungguh-sungguh hingga Berjaya.
  • Tetapkan pendirian hingga idea bisnes kita Berjaya. Jangan mudah menyerah kalah. Sentiasa mencari-cari peluang supaya maju ke hadapan kea rah pasaran yang berbeza dan belum pernah ditembusi orang.
  • Sentiasa menumpukan perhatian dan fokus kepada cita-cita dan visi bisnes kita. Sentiasa maju ke hadapan dan tidak sekalipun mundur kerana sesuatu halangan ataupun cabaran.
  • Sentiasa rasa bangga apa dengan yangkita capai dan sentiasa mempelajari segala kesilapan dan pegelaman dalam perjalanan pencapaian cita-cita kita.
  • Sentiasa member pertolongan kepada usahawan-usahawan yang menghadapi masalah dalam perjalanan bisnes kita itu. Mengikut hokum alam, setiap pertolongan akan sentiasa diberi balasan yang baik.
  • Jangan takut hendak memulakan lebih daripada satu bisnes yang betul-betul mencabar pada satu. Sekiranya satu bisnes lain yang ada masa depan yang baik dalam pasaran.


Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’