Tuesday, July 7, 2020

Team Secret ada ahli baru?

Assalamualaikum.. so aku nak kongsi sedikit pasal siapa REX? PUBG Team Secret?

aku intern di Giatmara Alor Star, tahun 2018 rasanya, dipendekkan cerita, waktu pagi dalam 8 lebih (pagi) aku balik Giatmara Alor Setar untuk ambik barang kamera. untuk pengetahuan aku intern di giatmara selama 6 bulan mengajar kelas TSK bidang komputer.

Masa aku masuk dalam terserempak dengan Asyam Allam masuk sambil senyum tanda komunikasi la. mesra katakan(hehe). di sebbkan lewat cg Amir suruh aku bawa Allam ni ke tapak orentasi. dalam perjalanan ke orentasi tu. aku tanya kenapa lmbat?

dia cakap, dia jalan kaki dari ktm alor setar. Agak jauh jugak la lebih kurang 1 km macam tu. Alhamdulillah selamat  smpai. aku ni jenis cg yg cool (up sikit). tugas aku hanya mengajar, so aku ni tak pndai nk marah. dalam kelas agak nakal sikit. haha. tapi dia berjaya tamat juga belajar.

so tak nak citer panjang. Dia seorang yang suka main game. Bermula dari bawah smpai la sekarang Team Secret rasminya untuk recruit squan baru.

tengok sini guys untuk info penuh sini
klik pada gambar untuk video



Facebook : https://www.facebook.com/benwahabb
Instagram : https://www.instagram.com/benwahab_store
Shoppe shop : https://shopee.com.my/shobirohmohdnoor

secret rex
sound track : https://www.youtube.com/watch?v=Ssvu2yncgWU

team secret : https://teamsecret.gg/team/team-secret-pubg-mobile/
secret rex (facebook page) : https://www.facebook.com/SecretREX/
secret rex (instagram) : https://www.instagram.com/secret_rex9/

sumber : https://wtmtoday.my/2020/07/05/bukan-lagi-rahsia-rex-pemain-baharu-team-sec



Thursday, June 25, 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com




Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2020 di Mialiana.com bermula pada 8.00 pagi 25/6/2020 sehingga 8.00 pagi 26/6/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Sunday, June 21, 2020

BURUK SANGKA


Wajib taubat jika buruk sangka

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Ketika menjelaskan secara terperinci ayat itu dalam rancangan Pesona D' Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, berkata ia terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka kerana tindakan berprasangka adalah perbuatan dosa.

Dilarang juga berbuat tajassus iaitu mencari kesalahan, keburukan atau aib orang lain yang biasanya kesan daripada prasangka yang buruk. Dalam erti kata lain, kita disaran tidak terpengaruh dengan individu yang suka bersangka.

credit : telegram tazkirah umum
This entry was posted in

Friday, June 19, 2020

MY LIFE PART 2

SAMBUNGANYA

MY LIFE part 2 (masa belajar melaka)

Sampai satu tahp aku terpaksa keja part time. Keja kilang honda satu malam 70 ringgit. Spe tak nak. Tpi letih sbb berdiri ja.. mesin jalan kau kena standby la bekerja. Telan air liur kalau haus. Dengan aku tak bawa air.


Hari demi hari smpai satu tahap. Nama aku di calonkn dapat award.. (haha gelak besar) award dpat keputusn trbaik.. ada dalam 2 org mcam tu wakil dari kelas aku.

Raya haji nk dekat dah, semua pakat balek rumah parent, balik kampung.. dalam bilik aku sorg ja tak balek. Membe aku da ajak balek, tpi aku tolak. Duduk sorg2 dalam bilik mcam-mcam pikir. Kena kacau tu normal la. Sbb perasaan kita sama. Tpi itu pengalaman aku. Histeria? Pnah ja. Waktu tgh mkan dgr ada org menjerit kat padang.. tak salah aku waktu tu dorg ada buat program kot.

Part nk kena saman dgn polis
Balek dari sembhyang jumaat, aku dngan membe aku la p pelan Tampin beli barang. Skli lalu depan polis. Polis kejar smpai lorong. Tahan kami. Nk saman sbb xpakai helmet. Membe aku ‘azmil’ bgitau polis.’abang saman saya sorg dah la, depa ni jgn saman’. Abg polis saman membe aku sorg ja. Skrg membe aku tu dh jadi polis. Tahniah!!!

Kepada roomate aku semoga berjaya
Asrul, syed, faiz, eppy, zai

Part kolej kena pindah
Kolej aku kena pindh pegi pajam,negeri sembilan. Bab pindh, roomate aku dh hbis belajar semua. Awlnya peti ais nk jual, then duitnya bhgi sama rata. Tpi keadaan suntuk, roommate aku pon xnak ambik dah. So peti ais aku ambik bawa balek kedah.

Aku nk masuk exam xlepas sbb ada tunggakan. Aku buat slip masuk exam palsu. Klaw tgk mmg sama mcam slip masuk org lain. Kali pertama aku buat mmg xkantoi. Tpi bila sorg kntai abis skli aku pon kantoi. Itu pasal nk masuk exam. Then smenjak dari tu security portal kolej diperketatkan.

FINAL EXAM
Final exam nk dekat. Dgn final projek pon kena buat. Group aku dgn kucai(nama aku panggil)
Projek kami just buat low budget ja. Tido tak cukup. And then bila dh habis presentation pa semua. Juri jemputan untuk menilai projek kami cakap kami semua gagal..
argh!!! Dalam hati berkecai, mata pon dh berkaca dah. Bukan projek kami gagal. Tpi kami silap di portfolio. So, tuan tu bgi kelonggaran untuk buat lagi skli portfolio, perbetulkan ikut format terbaru. Keesokkn dh selesai semua. Ape lagi lambung pc la(tipu ja)

So pda nasihat aku, final projek kena prepare awal. Jgn jadi mcam aku. Ke sana sini. Ke johor ambik ilmu.

Tamat beljar 5/2017 secara rasminya.
So good luck pada generasi akan datang.
Pengorbanan dan perjalanan yg penuh cabaran itu adalah pengalamn untuk diri kita menjadi kuat, kepada hampa semua,dugaan yg masa belajar lagi sush dari aku, aku doakan semoga perjalanan yg diharungi ada hadirnya pelangi yg indah. Insyaallah.

Saturday, June 13, 2020

MY LIFE

MY LIFE (lepas spm) part 1

aku kongsi cerita aku lepas spm..
Tahun 2012 aku spm, awal tahun 2013 aku dapa plkn intake 1.. masa plkn aku minta ustazah aku buat satu surat smbung sambung form 6 (STAM).

Surat tu diluluskan aku boleh keluar dari plkn awal dari orang. Rsa seronok je. Bermula hari form 6 tak lama mana pon. Bthan 2 minggu ja aku tak boleh go dah.

Pertengahn bulan 5 aku dpat twran bljar kat melaka. Bncg dgn fmly, semuanya setuju. Swasta kolej tu. Apa kan daya truskan juga sbb msa tu aku masih blur bab sambung belajar. Asal boleh ngaji jauh ja. Haha.

Kami semua yg belajar di kolej melaka tu naik bas dari Sungai Petani, kedah. First time aku menjauh dari fmly, semua org akan rsa sedih. Tpi inilah parent kita semua nk kan, nk tgk anaknya berjaya.

Kisah di kolej melaka( nama kolej aku rahsiakn)
Hari berlarutan hari. Ops, hari pertama malam tu di kolej, kepala aku kena kipas siling. Pening sikit semua pakat tgk aku dan tgk kipas.. kipas K.O.. aku masih duk pening2. Pegang kepala wey darah!!! Aku ni mabuk darah.. kira nk pengsan ja.. roomate aku bawak aku dari tinggkt 7 turun tangga.. p bawa hospital. Kena 4 jahitan. Trima kasih shbat2 aku. Allah masih memberi aku peluang untuk melihat keindahn alam.

Esok nya hari orentasi. Mcam-macam org bgi gelaran pda aku. ‘Kepala angin, stun man, superhero’ jadi femes sikit waktu tu.

Hari demi hari lagi 2 minggu nk final exam. Aku p check knapa nama aku xda dalam senarai kelas B.. lepas tu bila p tgk slip untuk masuk exam.. ambik kau 6 subjek.. subjek dari kelas B hnya 5 ja.. kena buang 2 subjek dan aku kena carry up 3 subjek.. dalam hati ni Allah ja tau wey. So aku kena pindh kelas masuk kelas A. Kena strunggle. Then bila result keluar.. sedih dan bangga sedikit. Bangga bila subjek yg aku kena strunggle aku lulus.. sedih tgk bila satu subjek aku kena repeat paper. Dgn pointer pon rendah. Itu dugaan aku masa belajar. Duk pikir nak benti ja belajar. Buang masa aku belajar.

Membe aku sembg dgn aku nk tukar bidang belajar. Bncg dgn fmly aku, fmly ikutkn apa yg trbaik.. smngat untuk aku bljar smkin naik.

Hujung bulan 12/2013
Aku tukar bidang ambik sijil tahap 2 sistem komputer. Smpai tahap 3 dan terus tahap 4. Tahap 4 levelnya diploma. Da juga dugaan masa bljar ni..

masuk tahun 2014
aku duduj secara haram dekat kamsis. Pihak kamsis dtg buat spot check aku lari p rumah lain. Haha mmg kelkar la dulu. Duit belanja kami tong2 seorang rm10 xcukup roomate yg da duit lebih tambah. Dekat situ aku kenal erti pengorbanan. Aku susah hg tolong.. hg sush aku tolong.. smpai satu tahap aku hack wifi rumah atas.. selama 6 bulan guna free ja. Dh puas cari rumah org lain untuk jadi mangsa seterusnya. Senangkn hidup aku. Tpi tu dlu, sbgai latihan diri sendiri.

tunggu part 2 untuk sambungan

Instagram : benwahab_store
Shopee     : Benwahab Store
Facebook : Ben Wahab




Friday, October 19, 2018

Last Day di GIATMARA Alor Setar (Chapter 3)

Penat dh taip. Tpi ini akan jadi sejarah TSK.

Sambung yer



Blom habis lagi. Cikgu Amir dan Cikgu Nina? Ada jgak


First day jmpa Cikgu nina. Dalam hati ni takut2 taw. Yer la mcam2 pikir. Mesti cikgu Nina grang orangnya. Asib pon takut2 la sikit. Hehe(sambil garu kepala). Tpi demi praktikal slma 6 bulan, kena habiskan juga. Cikgu Nina ni rupanya xgarang taw. Cikgu nina ada nama gelaran dy tpi asib xigt. Tpi bila dah kenal lama, rsanya diantra semua cikgu. Cikgu2 TSK la paling win, paling sporting. Apa pon. Cikgu nina ni dh mcam ibu TSK dah. Haha. (Jgn marah). 


Cikgu Amir. Awl2 dlu xrapat sgt. Rpat waktu futsal, badminton. Masa tu cikgu amir ada tnya pasal futsal. Kita futsal ni main ja. Bermula la kat situ yg menjadikan kami rapat. *acewah*. Cikgu amir ni, boleh menerima pendapat orang lain. Tpi jgn bgi pendapat yg bukan2. Bab masa cikgu amir mmg tekan kan. Pdhal Asib sendiri pon lambat. Lambat sbb ada hal kengkadang. Hehe. Cikgu Amir bila dekat luar dy akan bgi komitmen 100%. Sporting habis. 

Untuk Cikgu2 TSK - terima kasih selama 6 bulan sanggup memberi tunjuk ajar, melayan kerenah asib. 6 bulan 1 tempoh yg agak pendek, tpi 1000 ilmu yg dapat. Alhamdulillah. Asib sgt happy dan senang dapat bekerja bawah satu bumbung. Mohon maaf klaw ada silap dan salah, ada masa kita akan berjumpa lagi. Xakan asib lupa jasamu wahai cikgu TSK. Cikgu Nina dan Cikgu Amir

Last Day di GIATMARA Alor Setar (Chapter 2)

Smbungan dari chapter 1.

Jeng jeng jeng



Izzat daniel? Nama sedap tpi kita paggil "burn". Xtahu sbb apa. Masa first day garang ja muka, muka serious ja. Rmai geng2 perempuan bgitaw yg burn muka jenis xpndai senyum. OMG!! Lepas ni kena senyum la burn. Baru perempuan suka. Dy bila moody ja mngalahkan perempuan. Bckap boleh tpi, nak xnak ja sembang. Biasalah lelaki kan. Hati lain2. Haha *gelak jahat* then yg paling2 dy jaga penampilan depan perempuan. Over control la. Hekeleh.  Dalam kelas TSK mmg dy lha yg tinggi. 


Meon? Muka mcam cina2 sikit. Bermata empat. Kulit putih. Bab perempuan? No commend. Dy ni partner kawan sklah dgn burn. Dah kenal lama. Boleh dikatakan kawan baik dah. Perangai boleh tahan jgak dy ni. Part menari tu, dy menari boleh gelak pecah perut. Haha. Bab komputer dy pandai. Then dy ada bakat tersembunyi, asib pon dh tolong spruh jalan. Slebihnya kena usaha sendiri. Lagi satu, dy dengan perempuan mmg cepat kalah. Klaw lelaki cubit dy balaz balek, rpi klaw perempuan cubit. Alahai biarkan je. Kan. 


Pasal apek? Masa IV dlu. Pakai dengan serba hitam baju seluaq "all black".  Pengalaman dgn apek ni. Apek ni ikut ja apa yg suruh. Tpi bila moody ada la perangai bukan2. Paling best bila p pineng. Otak seminit katakan. Haha * gelak jahat*. Apek ni hati dy lembut. Nk p mana saja on. Sentiasa on. Spa xkenal rapat, dy xkan thu perngai dy. So kena kenal dlu. Aku thu. Hehe. Sora dy pon sedap bila nyanyi.


Haikal? Haikal ni adik bongsu dlam tsk. Sbb apa bongsu? Sbb dy paling muda. Bila bongsu mmg kena buli sikit la. Jgn marah. Haikal penghibur TSK. Klaw xdak haikal ni ibarat kelas sunyi. Nakal sikit dy ni, tpi xpa dh bukan tanggungjawab asib dah. Hehe. Sudi teman hingga ke KULIM. (YMTT). Dengan prempuan laju ja dy. Tpi paling rindu nnti mesti dy. Masalah dy ni kan, boros. Ni pon tegar main ML. 


Athirah plak ya? Yg ni klaw bab gosip  cukup maw. Tpi yg perasan sblom  kelas make up dlu, xdak nak makeup2.. tpi slepas kelas makeup da perubhan sikit.. maklumlah dah pndai makeup untuk diri sendiri. Dy klaw marah, lelaki pon takut taw. Dy mmg rajin. Tpi kuat gosip. Pasal makan dy pon win jgak nk. Igt jgn bagi dy marah2. 


Dah habis? 

Blom.

Penat taip. Tunggu sambungan lagi yer

Thursday, October 18, 2018

Last day di GIATMARA Alor Setar (chapter 1)

Assalamualaikum.. 

Sang pendek pernah berkata,

Sang panjang ingin bincara,

Ini kisah di giatmara,

Tuan hamba ingin bercerita.


Masok intern bulan 5, asib pon tak igt brpa HB. Ops, sblum tu, asib intern di giatmara alor setar. Jadi tenaga pngajar (mngajar la sgt) dlam bidang TSK. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Dimaklumkan intake baru akan masuk akan masuk. So bermula lah perjalanan asib sebagai tenaga pengajar( praktikal ja). 


Dalam pantun tadi pendek nak berkata kan.. so dipendekkan cerita. Asib nak kongsikan yg dikatakan TSK ni super duper sporting. *tarik nafas panjang2*. Sblom baca tu buka lagu genre sedih punya. 

Alkisah. Dalm TSK ni da 2 org TP, 6 lelaki dan 4 perempuan. Hensem2 cantik2 comey2 belaka. Tgk gmbar kat bwah ni


Dari hujung kiri. Yeen.(bukan nama asal) sbb apa asib panggil sbb intake lepas ada nama yeen. Masa masuk dulu dy punya muka sombong. Klau orang xkenal mmg buat garang. Asib pon naik takut. Tpi lma2 ok la. Yeen ni bab makan mmg no 1 da la geng2 dy. Sma jgak bila hari khamis mesti happy. Stiap khamis dy mesti akan ckap 'yes, harini balek awl'. Tiba bulan terakhir keja nak cari pasal ja dgn asib. Mesti ada yg xkena ja. Tpi hati tisu. Sbb apa? Rahsia la. Asib sbb kenai dy sbb da kenalan dekat dgn dy. Dy kalaw make up mmg nmpak lawa. Then klaw depan cam dy kekok sikit. Haha. Tpi ok lha xkacaw hal org len kan.

Farah? Yg sblah yeen ni. Sapa farah ni? Dy dgn yeen sama umo sama sklah. Dipendekkan mmg kawan baik la. Satu taman plak tu. Farah ni mmg hati dy lembut. Bab kebersihan mmg dy jaga taw. Boleh dikatakan kak dlam kalangan pelatih TSK. Hehe. Farah ni bnyak bertanya, tpi it's ok. Asib tak kisah. Then lagi satu dy ni hati lembut. Berckap pon lemah lembut. Itu la farah. 

Tiga dari kiri barisan blkg. Aiman? Masa first jumpa aiman mmg pendiam. Xbnyak ckap, yg boleh igt aiman ni ada satu masa, dalam kertas tugasan dy xthu jawapan. Sllu nya org xthu jwapan tinggl kn kosong. Tpi aiman tulis 'ckg suruh tingglkan dulu'. Asib pon gelak2. Aiman nk gelak pon sush taw. Tpi aiman ni mmg baik, dy diam2 berisi. Igt besa2 ka. Kengkadang aiman nk pinjam brg atau nk panggil sapa. Dy akan p dekat then baru panggil. Ok lha. Lma2 nnti ada peningkatan. Yg penting perempuan rajin duk kacau aiman ni. Haish gegirl2.. 

Allam plak. Dipendekkan cerita, agak nakal sikit. Dalam kelas ada ja masa nk kluar. Then masa balek mesti hlg. Haish. Mcam chipmore. Haha *gelak jahat*. Tpi dy bagus, walaupon buaih tpi minat bljar tu ada. Masing2 perangai pelik2. Masih igt lagi, waktu dy ambik cuti 1 minggu kot. Buat checkup tgn dy, ws asib tnya, 'harini belajaq apa?' Trkjut jgak wktu tu. Tetiba tnya. Ok lha. Yg tu ja nk bgitaw

Rajin malas bgntung diri sendiri kan. Tpi syahirah ni mmg rajin. Biasalah perempuan, xmcam laki. Haha. Bgi tugasan geng perempuan mesti siap. Dari awl smpai last syahirah ni maintain ja. Xdak buat hal pa pon. Baik kan. Hehe. Syahirah ni klaw marah xthu la. Mesti geng laki boleh nangis. Takut kan. Tpi stkat la xnmpak lagi syahirah marah2. Apa pon kekalkn potensi.

Kejap mcam dh panjang ni... kita smbung chapter 2


Sunday, February 11, 2018

Tempat BISIK IKAN

Hai selamat pagi semua, hari cuti tak thu nk p mana. Kawan ajak p satu tmpat ni, cari belangkas. Ok asib apa lagi pntg orang ajak kuar mesti "on" ja.. tpi harini asib nk kongsikan satu tmpat yg di panggil BISIK IKAN. Mungkin ada yg penah dengar ada yg tak penah dgr . Asib pon first time mai ni. 

Dekat mana? Pukul bapa buka? Juai apa kat sana? Best dak? Haha

Asib bgitau satu2. BISIK IKAN ni kat kuala muda, sungai petani. Tpi tak pasti la dalam map dapat ke tak. Tpi tempat dia masuk dlam kampung sikit. BISIK IKAN ni pukul 7 pagi dah bukak sampai lha abis trip bot ambik ikan. Rsa nya dalam tgh hari mcam dh abis dah. Kat sini kiranya makanan laut yg fresh, yg baru bawa naik dari laut. Dah maknan laut so jgn p tnya ayam daging plak yer. Yg asib tak faham, cara depa ni berniaga. Mungkin cara depa juai berbisik. Sbb tu lha kot tempat ni panggil BISIK IKAN. Haha (main hentam ja)

Apa yg best?

Yg best nya, harga dy mmg murah. So klaw nak mai beli kat sini, baik beli kuantiti yg bnyak. Klaw takat nk beli sekoq ja. P beli kat market tmpat sendiri jala. Haa lagi satu, jgn laha pakai lawa, kang nnti bju lekat bau ikan plak. Ok yg tu ja la. Bye






Monday, February 5, 2018

Pengalaman Temuduga Vto Intake Jan 2018

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Hai sahabt blogger. Hari ni asib nk kongsi pengalaman temuduga vto ni. Sblom tu apa tu vto? Xpnah dgr pon? Vto ni untuk apa? 


Asib terang secara ringkas, Vto ni ialah sijil pengajar vokasional. Erti kata lain dgn adanya sijil vto ni, layak seseorang tu menjadi lecturer dalam bidang kemahiran. Contoh mcam tenaga pengajat di ILP, GIATMARA, KOLEJ2 yg berdaftar bawah jpk. Nak thu lebih lanjut boleh layari website ciast di bawah ni. 

ciast-vto

26 oktober 2017- hari temuduga vto ni. Tempat temuduga di ilp kepala batas, pineng. Pukul 8 pagi. Ni asib kuar dari rumah pukul 6.30 lepas subuh punya excited tu. Sampai tmpat temuduga pukul 7.30 pgi. Tak pa sampai awal, boleh rest2. Masok bilik untuk daftar temuduga, ramai jugak la. Pakaian tu kena formal then pasti pakaian yg kita pakai mesti dapat tingktkn kyakinan diri. Dipendekkan cerita la, beratuq punya beratuq, smpai kan dah masok bilik temuduga then panel suruh check nama. Ada ka dak nama dalam list. Nama tak dak!!! Rupanya silap masok bilik. Hahaha. Ok abaikn. Bila dah masok dalam bilik temuduga, bnda yg penting kita kena jaga. Sikap!! Yes sikap tu penting. Nnti panel akan suruh kenalkan diri, latar balkg pelajaran, pengalaman kerja, knapa nak ambik vto, dan berkaitan dgn jpk. Rsanya yg tu lha soalan yg ditanya oleh panel. Nak pesan, klaw solan yg penal tanya, tak leh nak jawab better jgn main hentam ja. Jwab ja 'tak tahu'. Ok


Hujung bulan 12 2017- ok masa result temuduga keluar, takut nak tgk. Haha. Kat mana nak tgk result temudga? Sllu up to date dlam portal semakan ciast. Buh no ic pa semua la. Asib sbnarnya takut nak check sendiri.. asib suruh memba tlg checkkan. Alhamdulillah dpat!! Tpi yg dapat jawapan 'calon simpanan' mohon bersabar sbb mungkin ada rzki pihak CIAST akan panggil jika ada kekosongan. Jgn sedih-sedih tampaq kang. Haha

Ok. Sekian.

Sunday, February 4, 2018

Support Friends Busker Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Uhuk2. Sbnarnya rindu nak main blog balik ni. Dah lma menghilg tpi skrg I'm back!!! Berdebu dah blog ni. Ok lha tak maw taip panjang2. Sbnarnya asib nak kongsi satu benda ni. (Benda? Whatever la)

Hujung minggu mcam biasa kuar malam lepak kedai makan. Kat mana kedai tu? Di kedai Iwan Chaw Koey Teaw. Tak tahu kat mana? Taip kat google 'Chaw Koey Teaw'. Waktu mana? Pukul 9 malam-1 pagi. Hari apa? Setap hari sabtu. Tpi kan malam tu asib p lepak, ada satu busker ni, mmg terbaik. Asib bgi skala 5/5. Nak taw sbb pa terbaik? 

1.lagu dlam china, melayu, hindustan. Itu mmg terbaik kan

2.busker ni mmg peramah. Siap pelawa pelanggan menyanyi lagi. Nasib asib tak p nyanyi, klaw p nyanyi mmg pakat balik abih

3.org semua terhibur. Makaseh Friends busker. Dari awl smpai hbis geng busker ni bagi high perfomance. 

Yg tu lha dari segi pendapat asib. Klaw ampa tak caya. Ampa kena mai tgk sendiri baru ampa taw. Tpi yg asib nk bgitaw busker ni mmg TIP TOP!!! Bak kata org kedah PADU!!!

Busker ni pon ada sediakan tempahan majlis vvip atau sebagainya. So yang mna nak buat majlis tak taw nak cari busker mana. Call depa ni, ok. Keep support Friends Busker!!! 


https://www.facebook.com/friendsbusker/


Wednesday, June 8, 2016

Monday, June 6, 2016

#Dota Bagi Life Student


Haaa.Assalamualaikum dan slam sejahtera.
Dah lma tak update blog. Semangat nak main blog pon dah hilang.Dulu lha. Tapi skrang rasa smngat dtg kembali..  haa asib nak cerita sikit.. ini mmg reality bgi life seorang student..  ramai yang tak taw pasal Dota 2 kan? Kbnyakan llki lha yg main gme mcam ni.. girls? Hmm tak thu lha… (mungkin ade sgelintir).. ini klaw main dekat cc (cybercafé) mmg riuh lha jawabnya. Tpi asib xsuka pegi cybercafé, mak marah (acah2 baik ja) … haha.. asib pon tak thu macam mana boleh terjebak dalam dunia Dota ni.. apa org cakap ‘sekali masok dunia dota ni.. jalan keluar agak kabur di situ’ asib rasa jalan kluar dah kabur sedikit.
Part yg paling best? Bila main dgn housemate.. oh.. tak leh bygkan mcam mna jadinya nnti. Bgi yg gila Dota ni pndai2 lha bhgi masa. Waktu study dgn waktu main. Bila sorg dah bawak wabak Dota masok umah. Satu umah boleh jangkit. Haha. Skrang satu housemate dah kaki dota. Masa awal2 sem boleh lagi seronok then bila tiba waktu exam, kelam kabut nak study. Haha then yg paling pandai dlam kelas jdi mangsa mintak jawapan. Dulu lha. Skrang tak dah. Dah pndai bhgi masa (ye latu). Tpi asib main just untuk hilangkn bosan, enjoy2 ja.

Kategori umur? asib dah penah tgk budak form 1/2 dah pndai main game ni. Dasyat2. Tambah2 yang main dekat CC. Jgnlah nak mnyusahkan mak ayah smpai nk pegi CC guna duit mak ayah. Jangan.

Ok smpai sini jela, yg mana dlam dunia Dota lagi tu, truskan bermain mana nak thu ada rezeki boleh pegi peringkat lebih tggi. Bye2


*Bila tak dapat call/whatsapp laki anda cuba cari dekat Steam. Mesti ada punya
*ingat bahagi masa dgn sebaik nya


Saturday, June 4, 2016

waktu berbuka Puasa dan Imsak Negeri Kedah 2016

Berikut ialah lampiran Takwim atau Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1437H bersamaan 2016M bagi zon-zon di negeri seluruh Kedah.  Sebagai makluman, lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Semoga lampiran jadual waktu Imsak dan Berbuka puasa tahun 1437H / 2016M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Kedah membuat semakan waktu ideal untuk bersahur serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Zon 1 
Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena


Zon 2 
Pendang, Kuala Muda dan Yan



Zon 3 
Padang Terap dan Sik


Zon 4 
Baling


Zon 5 
Kulim dan Bandar Baharu

Zon 6
Pulau Langkawi
 

 Zon 7
 Puncak Gunung Jerai






Info dari mysumber




Wednesday, August 27, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Jam Ditangan Kanan Atau Kiri?


Assalamualaikum


Tahu kan jam tangan ka? yang membezakan sama ada pakai pada tangan kanan atau kiri je. Kalau nak tahu di sebalik kita pakai jam sama ada pada tangan kanan atau kiri. ada maknanya. Meh kita tengok ciri-ciri yang dimiliki oleh pemakai jam pada tangan kanan dan kiri.*jeng jeng jeng


PAKAI JAM TANGAN PADA TANGAN KANAN

  1. Seorang yang keras kepala
  2. Seorang yang suka memberontak
  3. Tidak suka orang mengarah dia
  4. Seorang yang setia
  5. Hati kering (tak kisah orang kata pasal dia)
  6. Garang tapi manja dengan yang tersayang
  7. Suka menyendiri bila ada masalah
  8. Suka tolong orang dalam kesusahan
  9. Pendiam tapi bila dah rapat mulut kalah murai
  10. Seorang yang pantang diccabar
PAKAI JAM TANGAN PADA TANGAN KIRI
  1. Hatinya lembut
  2. Anginnya cepat marah dan cepat sejuk
  3. Suka bergurau
  4. Suka buat lawak bodoh
  5. Sentiasa senyum walau apa pun masalah yang dia hadapi
  6. Pantang dicabar
  7. Fikirannya sangat sukar difaham oleh orang lain (perangai pelik)
  8. bila marah, dia akan hancurkan benda-benda yang ada disekelilingnya (hanya marah pada orang yang buat hal dengannya

korang yang mana? kanan atau kiri?
Asib pakai jam pada tangan kiri. Yang mana pakai jam pada tangan kiri, kita geng. *sep sikit

Saturday, August 23, 2014

First Time Masak Laksa Sendiri

Assalamualaikum…



Pernah makan laksa?Mesti korang pernah punya. Kalau area kuala perlis mesti bnyak gerai jual laksa ni. Tambah-tambah lagi kalau laksa air tangan ibu kita sendiri. Korang pernah buat laksa? Mungkin da yang pernah ada yang x.

 Asib respect membe Asib sorg ni, sbb apa? Asib tak pernah tengok kaum adam masak laksa. Kalau makan kat kedai mesti sedap. Sekali sekala cuba masak laksa sendiri. Hari ni masak laksa menjadi. Komen yang dapat semuanya positif. Asib dan housemate Cuma bantu sediakan barang-barang ja. 

*next time, cuba masak yang lain plak

Tuesday, August 19, 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love

klik banner untuk join
tempoh :
sampai 13 september 2014  

so guys ni lah 4 hadiah yang bakal korang menang :

1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang
2. babies blink biasa x 1 pemenang
3. face serum by SAVEE x 1 pemenang
4. pink urban tshirt x 1 pemenang

so, jom support MG :)
korang kalau takde fb or instgram pun boleh join 
just inform MG kat komen korang takde fb ke ig ke ...
join je if korang ada blog ea ^__^

Saturday, August 16, 2014

Adat Mencium Dahi Isteri Selepas Akad


Assalamualaikum... 

terbaca entry ni dekat facebook...

Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya : 

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]
Wallahualam..kongsikan dengan semua..


Photo: Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya : 

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]

Wallahualam..kongsikan dengan semua...♥



Info dari Islam Itu Indah

Wednesday, August 13, 2014

KHAS BUAT SUAMI MITHALI: 23 PERKARA YANG PATUT ANDA BUAT UNTUK DICINTAI ISTERI

23 pesanan ini ditujukan khas untuk anda yang bergelar SUAMI oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member, saudara mara, adik beradik atau sesiapa saja bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang sedap dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan
masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah
ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.
Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar- belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat
tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau
seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk
neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf,
kalau perlu dipujuk, pujuk.

** Hati orang perempuan sangat
sensitif 



info dari facebook
This entry was posted in