Wednesday, June 11, 2014

Tips : Cara muhasabah diri

Assalamualaikum...
Bagaimana untuk muhasabah diri? Muhasabah diri boleh dilakukan dengan 2 cara:

1.Menilai diri sendiri
 -cara ni sesuai digunakan bagi orang-orang yang mampu berkomunikasi dengan dirinya sendiri, menilai dirinya secara telus dan jujur.Duduk bersendirian dalam suasana yang tenang, sebaiknya pada tengah malam dan beberapa perkara perlu ditanyakan pada dirinya sendiri.
Antaranya:
  • Adakah solat yang aku lakukan selama ini diterima Allah?
  • Adakah puasa Ramadhan yang aku lakukan benar-benar menjadikan aku seorang yang bertakwa?
  • adakah selepas aku melalui Ramadhan aku menjadi lebih baik?
  • Adakah puasa aku diterima oleh Allah?
  • Adakah aku telah mendapat keampunan Allah setelah berlalu Ramadhan?
  • Adakah aku semakin hampir dengan Allah atau semakin jauh daripada-Nya?
2.Membukakan hati dan berlapang dada untuk dinilai oleh orang lain

-Ini kerana orang lain lebih nampak kesalahan yang telah kita lakukan berbanding diri sendir. Cara ini hendaklah oleh orang yang jujur dan ikhlasyang memperbaiki diri kita. Orang yang muka atau kaki bodek tidak boleh membantu untuk menilai dan muhasabah diri kita.

Sunday, June 8, 2014

Jackass

Jackass? apa tu? tak pernah dengar pun?
tidak ramai yang tahu tentang Jackass.

Jackass ni akan buat perkara-perkara yang bodoh.Tapi perkara yang bodoh tu membuat orang lain dan penonton ketawa. Kalau tengok dalam youtube da bersepah dah video tentang Jackass ni.
ni antara ahli-ahli jackass:

  • Johnny Knoxville
  • Bam Margera
  • Ryan Dunn
  • Steve-o
  • Jason Acuna (wee man)
  • Chris Pontius
  • Preston Lacy
  • Dave England
  • Ehren Mcghehey

Lastly, sebelum aku terlupa nak bagi tahu. Jackass ini cerita dia sesuai untuk orang yang berfikiran terbuka je. Atau erti kata lain, 18SX minded! Kalau ikutkan, tak adalah lucah sangat cerita ni. Sebab bebudak Jackass ni semua lelaki. Tapi itu lah, bebudak Jackass nidaring je. Yela, mereka nak buat kelainan, so mereka perlu la korbankan malu (kemaluan) mereka sendiri kan. hahaha. kalau korang dah tengok cerita ni, korang faham la apa maksud kemaluan tu.

okay la. saya nak cerita pon tak berapa pandai sangat. Korang tengok mesti korang akan gelak.
Selamat menonton

10 FAKTA TENTANG WANITA

cara-terbaru-agar-menjadi.jpg
Assalamualaikum
Bertemu lagi dengan saya, pada kesempatan kali ini saya akan bahas tentang 10 FAKTA TENTANG WANITA :
1.Wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki.Rasulullah SAW bersabda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del, tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu sama seperti 20 tulang yang dipatahkan serentak.
3. Wanita suka menangis, tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.
4. Wanita suka 'shopping' dan memanjakan diri.
5. Dalam keadaan stress atau situasi yang meruncing, lelaki cenderung untuk mengelak. tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.
7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan ingat secara terperinci. jadi seorang wanita atau ibu akan tahu bila ada suatu bahaya yang hendak menimpa anak atau orang yg di sayanginya.
8. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Ayah dan ibu memanggil secara bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu dahulu."
9. Wanita yang menyusukan anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Itulah 10 Fakta tentang wanita, semoga bermanfaat bagi penonton.
Wassalamualaikum
#jangan lupa klik g+1

Thursday, May 29, 2014

Tips : Lima Cara Pilih Sahabat Sejati & Setia

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya .Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu. Dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi. Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia
This entry was posted in

Tutorial : Cara dapatkan url gambar

Apabila menguruskan sesebuah blog, tidak akan terlepas untuk meletakkan gambar. Mungkin tujuan untuk meletakkan gambar adalah pelbagai, tetapi perkara penting untuk diketahui adalah url gambar. Url gambar boleh dikatakan sebagai 'alamat' kepada sesebuah gambar.

Sebagai contoh, untuk gambar ini, urlnya adalah inihttp://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/S7jQoxh5CBI/AAAAAAAAENA/UZiN0WCeDpE/blog+tutorial+bahasa+melayu.PNG

Walaupun anda boleh mengupload gambar menggunakan kaedah yang sudah tersedia, tetapi ada kalanya korang memerlukan url bagi sesebuah gambar terutamanya apabila melibatkan trick yang hendak diletakkan pada blog.

Persoalan asas, bagaimana untuk mengetahui url bagi sesebuah gambar yang sudah tersedia dalam laman web.

Sebagai contoh gambar tadi, bagaimana untuk mendapatkan urlnya.
Disini diletakkan cara yang digunakan untuk beberapa browser yang berbeza.

Caranya mudah, pada gambar yang korang kehendaki dalam sesebuah laman web, right click pada gambar tersebut dan pilihan ada berbeza seperti yang ditunjukkan di bawah.

FIREFOX
Cara dapatkan url gambar

GOOGLE CHROME
Cara dapatkan url gambar

OPERA 
Cara dapatkan url gambar

SAFARI
Cara dapatkan url gambar

INTERENT EXPLORER
(agak leceh sedikit kerana ada dua step)
Cara dapatkan url gambar


Cara dapatkan url gambar


-----------------------------
korang boleh cuba samada berjaya dengan masukkan url gambar dalam kod ini kemudian test pada ruangan post entri korang.
<img src="Masukkan URL gambar disini" />


p/s: perlu diberi perhatian ada sesetengah laman web yang korang tidak boleh copy gambar-gambar mereka seperti fotography dan lain². Tetapi rasanya kebanyakan tiada masalah asalkan mendapat kebenaran daripada empunya.