Rabu, 27 Ogos 2014

Mini Merdeka Giveaway

Assalamualaikum..

klik banner untuuk join

Baru-baru ni, duk usha-usha blog ternampak GA yang menarik ni. sempena hari kemerdekaan. Syarat-syarat pon tak susah mana. Jom ramai-ramai kita join. Keep Support GA

Selasa, 26 Ogos 2014

Jam Ditangan Kanan Atau Kiri?


Assalamualaikum


Tahu kan jam tangan ka? yang membezakan sama ada pakai pada tangan kanan atau kiri je. Kalau nak tahu di sebalik kita pakai jam sama ada pada tangan kanan atau kiri. ada maknanya. Meh kita tengok ciri-ciri yang dimiliki oleh pemakai jam pada tangan kanan dan kiri.*jeng jeng jeng


PAKAI JAM TANGAN PADA TANGAN KANAN

  1. Seorang yang keras kepala
  2. Seorang yang suka memberontak
  3. Tidak suka orang mengarah dia
  4. Seorang yang setia
  5. Hati kering (tak kisah orang kata pasal dia)
  6. Garang tapi manja dengan yang tersayang
  7. Suka menyendiri bila ada masalah
  8. Suka tolong orang dalam kesusahan
  9. Pendiam tapi bila dah rapat mulut kalah murai
  10. Seorang yang pantang diccabar
PAKAI JAM TANGAN PADA TANGAN KIRI
  1. Hatinya lembut
  2. Anginnya cepat marah dan cepat sejuk
  3. Suka bergurau
  4. Suka buat lawak bodoh
  5. Sentiasa senyum walau apa pun masalah yang dia hadapi
  6. Pantang dicabar
  7. Fikirannya sangat sukar difaham oleh orang lain (perangai pelik)
  8. bila marah, dia akan hancurkan benda-benda yang ada disekelilingnya (hanya marah pada orang yang buat hal dengannya

korang yang mana? kanan atau kiri?
Asib pakai jam pada tangan kiri. Yang mana pakai jam pada tangan kiri, kita geng. *sep sikit

Sabtu, 23 Ogos 2014

First Time Masak Laksa Sendiri

Assalamualaikum…



Pernah makan laksa?Mesti korang pernah punya. Kalau area kuala perlis mesti bnyak gerai jual laksa ni. Tambah-tambah lagi kalau laksa air tangan ibu kita sendiri. Korang pernah buat laksa? Mungkin da yang pernah ada yang x.

 Asib respect membe Asib sorg ni, sbb apa? Asib tak pernah tengok kaum adam masak laksa. Kalau makan kat kedai mesti sedap. Sekali sekala cuba masak laksa sendiri. Hari ni masak laksa menjadi. Komen yang dapat semuanya positif. Asib dan housemate Cuma bantu sediakan barang-barang ja. 

*next time, cuba masak yang lain plak

Selasa, 19 Ogos 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love

klik banner untuk join
tempoh :
sampai 13 september 2014  

so guys ni lah 4 hadiah yang bakal korang menang :

1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang
2. babies blink biasa x 1 pemenang
3. face serum by SAVEE x 1 pemenang
4. pink urban tshirt x 1 pemenang

so, jom support MG :)
korang kalau takde fb or instgram pun boleh join 
just inform MG kat komen korang takde fb ke ig ke ...
join je if korang ada blog ea ^__^

Sabtu, 16 Ogos 2014

Adat Mencium Dahi Isteri Selepas Akad


Assalamualaikum... 

terbaca entry ni dekat facebook...

Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya : 

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]
Wallahualam..kongsikan dengan semua..


Photo: Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya : 

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]

Wallahualam..kongsikan dengan semua...♥



Info dari Islam Itu Indah

Rabu, 13 Ogos 2014

KHAS BUAT SUAMI MITHALI: 23 PERKARA YANG PATUT ANDA BUAT UNTUK DICINTAI ISTERI

23 pesanan ini ditujukan khas untuk anda yang bergelar SUAMI oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah :
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member, saudara mara, adik beradik atau sesiapa saja bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang sedap dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan
masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah
ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.
Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar- belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat
tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau
seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk
neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf,
kalau perlu dipujuk, pujuk.

** Hati orang perempuan sangat
sensitif 



info dari facebook

Isnin, 11 Ogos 2014

blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bulan ni Asib hanya blogwalking saja. Terjumpa segmen yang ni plak. Segmen yang dianjurkan oleh Ayu Insyirah.  Syarat-syarat nya mudah saja. Jom meriahkan lagi segmen segmen yang cukup2 simple SEMPENA bulan merdeka ini.

klik sini untuk join

Sabtu, 9 Ogos 2014

40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

sumber dari sini

7 Faedah zikir

Assalamu'alaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati
kita semua...

Mengingati Allah dengan membaca zikir
merupakan pokok daripada syukur.
Manfaat yang besar dapat diperolehi
dengan mengerjakan amalan ini. Tapi
sayang sekali kebanyakkan orang
melupakan dan melalaikannya. Padahal
terdapat banyak faedah zikir di antaranya
adalah:

1. Mendatangkan pertolongan Allah
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya
Aku akan mengingati kamu.” (QS. al-
Baqarah: 152)

2. Mendatangkan keampunan dan pahala
yang besar
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Orang-orang yang banyak berzikir
kepada Allah, lelaki ataupun perempuan,
maka Allah sediakan untuk mereka
ampunan dan pahala yang sangat
besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

3. Sebab hidupnya hati
Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan orang yang mengingati
Rabbnya (Allah) dengan orang yang
tidak mengingati Rabbnya, seperti
perumpamaan orang yang hidup dengan
orang yang sudah mati.” ~HR. Bukhari~

4. Mendatangkan ketenteraman jiwa
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Ingatlah, dengan mengingati Allah maka
hati akan menjadi tenteram.” (QS. ar-
Ra’d: 28)

5. Jauh dari perangkap syaitan
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Barangsiapa yang berpaling dari
mengingati ar-Rahman maka akan Kami
jadikan syaitan sebagai pendamping
yang selalu menemaninya.” (QS. az-
Zukhruf: 36)

6. Jalan menuju keikhlasan
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang munafik itu
hendak menipu Allah, tetapi Allah
membalas tipuan mereka. Apabila mereka
berdiri untuk solat, mereka lakukan
dengan malas. Mereka melakukan
dengan riyak (ingin dipuji) di hadapan
manusia. Dan mereka tidak mengingati
Allah kecuali sedikit sekali. (QS. an-
Nisaa’: 142)

7. Perlindungan Allah pada hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda, “Ada tujuh
golongan yang mendapatkan naungan
Allah pada hari kiamat. Diantaranya
adalah seorang lelaki yang mengingati
Allah dalam keadaan sepi, kemudian
menitislah air matanya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Renungan bersama: Dan yang perlu
diingat bahawa zikir yang benar adalah
yang dilandasi keikhlasan niat dan
dikerjakan dengan mengikuti Sunnah
Nabi SAW.

Wordle - Grafik Tulisan Yang Mudah

Assalamualaikum.. 
Asib tercari-cari bagaimana nak buat grafik tulisan yang macam dalam gambar ni.




Akhirnya Asib jumpa juga. Cari punya cari jumpa juga. Asib pon buat satu. *test saja*
Tak sangka juga hasilnya boleh tahan *opss. Terpuji plak* Mungkin sesetengah orang berminat dengan buat tulisan ni. Ni hasil yang Asib buat :

*nama-nama kengkawan sekolah, hubungan persahabatan masih terjalin
*bnyak nama yang x ingat


Bawah ni ada contoh-contoh:
  




*banyak lagi contoh-contoh 

klik sini untuk link