Ahad, 27 Julai 2014

Hari Raya Tak Lama Lagi

Photo: Assalamualaikum..
*aidilfitri(laju sgt taip sampai silap)

 kepada yg mengenali diri saya (Asib) n semua warga facebook... nak habaq skit.. Ramadhan dah nak abis, Sebelum Ramadhan nak abis ni.. Nak mohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tersilap bicara.. semua 'ter2' lha... Manusia ni kalau buat salah bukannya nak nampak.. betoi x? 
lagi satu, ada pantun khas untuk ampa semua..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa. Mohamad Hafiz

klik sini tambah duit raya http://remajacomot.readthisstory.net/my-8023260
http://remajacomot.readthisstory.net/my-7973696 
http://remajacomot.readthisstory.net/my-7973668
Assalamualaikum..
*aidilfitri(laju sgt taip sampai silap)

kepada yg mengenali diri saya (Asib) n semua warga facebook... nak habaq skit.. Ramadhan dah nak abis, Sebelum Ramadhan nak abis ni.. Nak mohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tersilap bicara.. semua 'ter2' lha... Manusia ni kalau buat salah bukannya nak nampak.. betoi x?
lagi satu, ada pantun khas untuk ampa semua..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa

Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman

 klik banner untuk join
jom ramai2 memeriahkan Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)
 62 pemenang dicari ^_^
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :26 Jun 2014
Tamat : 4 Ogos 2014 jam 6:00 am

Meriahnya Di Pekan Rabu

Assalamualaikum...
Tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua(yg islam). Syawal yang menggantikannya. Ini bermakna Semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Baju raya korang dah beli? Sudah.. Baru0baru ni Asib ada pergi jenjalan dekat Pekan Rabu, maklumlah dah lama tak datang Pekan Rabu ni. Last datang Pekan Rabu, tahun 2012. (lama jugak 2). Kebetulan jenjalan dekat situ, ada jualan sempena nak raya ni.. banyak barang yang murah-murah . Jemputlah datang. Kepada yang belum beli baju raya 2. Datang lah jenguk-jenguk Pekan Rabu ni.




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Kosong-kosong yer
Tambahkan duit raya klik sini sini

Sabtu, 26 Julai 2014

Drama Dosa Seorang Suami


Drama terbaru di slot Azalea bertajuk 'Dosa Seorang Suami' akan menemui penonton pada 21 Julai 2014. Drama bersiri arahan Keoi Hj Khalid menampilkan pelakon seperti Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Leez Rosli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor dan beberapa lagi pelakon. Menggantikan drama Menantu 10 Ribu yang telah menamatkan siaran.  Saksikan drama Dosa Seorang Suami setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3

JUDUL : DOSA SEORANG SUAMI
TARIKH : 21 Julai 2014 
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
PELAKON : Leez Rosli, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor, Afzan A.Rahman

WATAK PELAKON 
Amyza Aznan sebagai Shila
Leez Rosli  sebagai Sheila
Rusdi Ramli sebagai Rafiq
Beego sebagai Ustaz
Cat Farish Ramli seabgai Khamis
Watie Sadali sebagai Maya
Nonny Nadirah sebagai Lisa
Dazrin Kamarudin sebagai Ariz

info yang lebih lanjut klik sini

Khamis, 24 Julai 2014

Tip Mengurus Bisnes Secara Profesional

Assalamualaikum..
Ramai yang berpendapat, cabaran utama usahawan-usahawan wanita adalah menjadikan bisnes di rumah sebagai sesuatu yang penting yang perlu diurus dengan professional. Panduan ini mampu membantu kepada sesiapa yang berminat dalam mengurus bisnes dengan cara yang lebih baik dan professional.

Tempat khusus bagi bekerja
bina sebuah bilik ataupun sediakan sebuah meja pada sudut yang dikhaskan bagi bisnes sahaja.
Ia juga dapat membantu menyediakan minda kita bertukar daripada focus kerja-kerja rumah  kepada kerja-kerja berkaitan bisnes yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Blok masa khusus bagi pengedalian bisnes di rumah
Cari satu blok msa yang dikhaskan bagi urusan perniagaan kita. Beritahu ahli keluarga blok masa kita yang dikhaskan ini bagi mendapat persetujuan daripada mereka. Katakan juga kita akan sentiasa bersama mereka sekiranya blok masa bisnes kita sudah tamat.

Sediakan mesin menjawab telefon dan peti simpanan suara
Hal ini bagi memudahkan untuk mengurus panggilan ketika kita tiada di pejabat. Balas semua pesanan dengan cepat. Kemas kini pesanan keluar walaupon sepatutnya hanya perlu menukar tarikh.

Sentiasa membawa kad bisnes
Sentiasa membawa kad bisnes dan juga buku temu janji bersama kita walau di mana juga kita berada. Cara begini bagi memudahkan kita sekiranya ada kawan-kawan ataupon pelangggan yang tiba-tiba kita temui di luar yang mahukan temu janji dengan kita.

Mempunyai rancangan perniagaan(Business Plan)
Sebagai usahawan perlu mempunyai perancangan bisnes dan sentiasa memeriksanya sama ada kita menepati masa yang dijadualkan bagi mencapai matlamat kita atau sebaliknya. Sentiasa fokus denagn tugasan harian dan sentiasa melihat ke hadapan mengenai peluang-peluang bisnes yang mungkin boleh dicapai.

Berkeyakinan tinggi
Sentiasa berkeyakinan tinggi dalam diri dan bisnes yang dijalankan. Walaupun kadang-kadang sedikit sebanyak timbul perasaan goyah dalam hati kita.Daripada keyakinan kita, baru pelanggan akan mempercayai produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kita.

  
Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’


Tip Menangani Kegagalan Bisnes Di Rumah

Assalamualaikum…
Asib nak kongsikan sedikit info yang menarik. Asib ada terbaca buku yang ada pelbagai info mengenai bisnes. Mungkin tip ni boleh membantu pada yang berminat mengenai bisnes.

Beberapa tips di bawah boleh membantu kita menangani kegagalan bisnes terutamanya dalam motivasi diri bagi berjuang:
  • Sekiranya bisnes pertama tidak Berjaya, kita perlu belajar dan mencuba sekali lagi dengan semangat bersungguh-sungguh hingga Berjaya.
  • Tetapkan pendirian hingga idea bisnes kita Berjaya. Jangan mudah menyerah kalah. Sentiasa mencari-cari peluang supaya maju ke hadapan kea rah pasaran yang berbeza dan belum pernah ditembusi orang.
  • Sentiasa menumpukan perhatian dan fokus kepada cita-cita dan visi bisnes kita. Sentiasa maju ke hadapan dan tidak sekalipun mundur kerana sesuatu halangan ataupun cabaran.
  • Sentiasa rasa bangga apa dengan yangkita capai dan sentiasa mempelajari segala kesilapan dan pegelaman dalam perjalanan pencapaian cita-cita kita.
  • Sentiasa member pertolongan kepada usahawan-usahawan yang menghadapi masalah dalam perjalanan bisnes kita itu. Mengikut hokum alam, setiap pertolongan akan sentiasa diberi balasan yang baik.
  • Jangan takut hendak memulakan lebih daripada satu bisnes yang betul-betul mencabar pada satu. Sekiranya satu bisnes lain yang ada masa depan yang baik dalam pasaran.


Info dari buku ‘Idea Bisnes Home-Based’

Selasa, 22 Julai 2014

Drama rindu Awak 200%


Assalamualaikum.
Nak tengok drama ni dalam tv. tak sempat. kena lha tengok dalam internet. Sambil-sambil duk cari link untuk drama ni, terjumpa info yg lebih detail tentang drama Rindu Awak 200%. 





Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH :  15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego

LAGU TEMA / OST RINDU AWAK 200%

OST : Jaga Dia Untuk Ku
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza

OST : Maafkan Aku
Penyanyi : Asfan
PELAKON DAN NAMA WATAK

Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai Zahirin
Jonathan Putra  sebagai Raizil 
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman sebagai Azad 
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella sebagai Nazneen

info yang lebih lanjut klik sini

Ahad, 20 Julai 2014

jawapan dari Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum...
Ni aku kumpul pertanyaan yang mungkin bermain di minda korang pasal puasa.... Segala-galanya ada jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.... Aku ambik terus dari wall facebook beliau...... Dan itu la jawapan dari beliau...

  • Bermanja-manja dengan isteri ketika berpuasa sampai keluar air mazi - Makruh, keluar mani jadi haram
  • Berbuka dengan makwe/pakwe (bukan mahram) - Sah, tapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual
  • Korek Hidung ketika berpuasa - Batal jika korek hidung sambil makan (Tak batal la tu..haha)
  • Hukum orang perempuan memakai minyak wangi (perfume) di bulan puasa - Haram memakai bauan yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi tidak kire bulan puasa atau bulan lain.... Kalau muslimin....makruh di bulan puasa...
  • Tidur sampai tengah hari akibat keje syif malam - Tak batal dan tak makruh puasanya.... Tidur sepanjang hari tu makruh...
  • Hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat - Sah jual beli tetapi haram kalau sengaja tengok auratnya...
  • Selalu meludah ketika berpuasa - Makruh, Harus ditelan jer air liur tu... 
  • Gosok gigi dalam waktu berpuasa - Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zohor dan harus sampai bila menurut pendapat Imam Nawawi R.A
  • Kalau secebis makanan terlekat di halkum, patut telan ke keluarkan - Bila berada sama tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh keluarkan balik..
  • Makan pil penahan haid sebab nak penuhkan puasa - Makruh
  • Mandi dekat dengan waktu berbuka puasa - harus, dan jika berlebihan jadi makruh
  • Keluar kahak dari anak tengkuk - Batal puasa kalau telan balik
  • Sah ke tak puasa kalau dedahkan aurat di khalayak ramai - Sah puasa tapi dapat dosa
  • Kalau menangis, batal tak puasa - Tak batal walaupun sebulan menangis...
  • Batal ke tak orang accident yang keluar banyak darah - Tak batal darah keluar dari luka kecuali haid dan nifas
  • Mimpi keluar mani dalam bulan pose - Takde mimpi yang membatalkan puasa

info dari facebook

Sabtu, 12 Julai 2014

#PrayForGaza #StandUpForPalestin


Asalamualaikum..

Gaza dah diserang oleh Israel. Sebak bila dengar berita bila Gaza dihujani serangan roket dari Israel. Mashaallah. Setiap hari akan ada yang terkorban. Bantuan derma dihulurkan kepada Gaza

 Andainya bantuan dari segi senjata, tentera xdapat dihulurkan. Marilah sama-sama menolong saudara-saudara islam kita dengan hulurkan tangan dan berdoa kepada yang Tuhan yang maha Esa.


#PrayForGaza

Khamis, 10 Julai 2014

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sapa nak dekat kalau asyik nak marah ja.. bawa2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punya..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnya time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. 

info dari sini

Selasa, 1 Julai 2014

Kelebihan Bulan Ramadhan

‎Assalamualaikum...


1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Info dari Facebook