Selasa, 24 Jun 2014

Faedah Menangis Dan Manfaatnya

Faedah Menangis Dan Manfaatnya

Tengah mencari info untuk kertas kerja, terbaca satu info yang menarik.Saya ambil info ni dari blogger seseorang.dalam erti kata lain share. Saya pon xtahu plak, yang menangis ni ada faedah dan manfaatnya juga. 

Menangis dan manfaatnya. Sama ada Tangisan Emosi atau Fizikal, air mata yang mengalir ketika menangis tidaklah sia-sia. Jadi, apakah manfaatnya bila seseorang itu menangis. Apakah Faedah Menangis kepada Manusia. Sebelum itu, kita terlebih dahulu perlu tahu, Kenapa Manusia Menangis. Why People Cry


Selain Tangisan Fizikal dari kesakitan, Secara umumnya, manusia itu menangis kerana berlaku perubahan emosi atau perasaan yang terjadi secara mengejut atau mendadak. Tempoh Masa Senggang dan Enzim Lysozym yang terhasil ketika seseorang itu menangis diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan dan mengurangkan ketegangngan saraf seseorang manusia.

Faedah Menangis dan Manfaatnya

Menahan perubahan emosi seperti rasa marah atau malu hanya akan meningkatkan tekanan dalam hidup seseorang itu. Ketegangan saraf yang tidak dikawal boleh menyebabkan sakit kepala, dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, menangis bukannya kelakuan yang memalukan. Terdapat banyak Manfaat dan Faedah diperolehi dari menangis.

MENANGIS ADALAH KATA-KATA CINTA

Emosi yang kuat dan perubahan perasaan yang mendadak akan membuat seseorang itu mengalirkan air mata sejati. Emosi yang kuat dan berat selalu ada pada cinta. Mengenai cinta, banyak kata-kata yang tak mampu menyampaikan rasa atau perasaan yang cuba kita luahkan. Even a picture can mean a thousand words sekalipun ia belum dapat melukis gambaran cinta yang cuba kita sampaikan. Mungkin tangisan air mata sejati saja paling hampir meluahkan kata-kata cinta.

TEKANAN MENGALIR BERSAMA AIR MATA

Ketika Jiwa Manusia berat perasaan tertekan atau berada dalam kesedihan yang melampau. Aliran darah menjadi tidak keruan. Ketika itu, air mata akan membantu dalamkeseimbangan emosi. Menenangkan gelora dalam jiwa lalu menghilangkan tekanan yang ada. Jika boleh, menangis saja sepuasnya, usah biarkan bebanan menghancurkan kehalusan jiwa manusia. Tekanan Mengalir bersama Air Mata.

AIR MATA PADAMKAN API KEMARAHAN

Marah adalah Api. Amarah mampu membakar diri dan apa saja di sekelilingnya. Merujuk sifat semulajadi, air boleh memadamkan api. Sama juga dengan menangis, Air Mata padamkan Api Kemarahan. Merujuk pengalaman, ketika pasangan bertengkar, biasanya wanita akan menangis. Ketika itu, jika dihalusi, mungkin keseluruhan Api Kemarahan si lelaki akan terpadam. Paling tidak air mata itu mungkin mampu menghalang Api Amarah dari terus merebak. Menangis adalah salah satu cara yang efektif membuat lelaki berhenti marah.

TITIS AIR MATA MENENANGKAN

Setelah menangis, maka Anda akan merasa lebih tenang lalu menjadikan minda lebih rasional. Keputusan dalam Mode Minda Rasional banyak membuktikan ia adalah pilihan paling baik yang mampu dibuat oleh manusia. Jadi, biarkan masalah mengalir bersama air mata. Cara semulajadi keluarkan bebanan dari fikiran manusia.

TANGISAN DAN SIMPATI

Air mata menitis dari setiap tangisan dapat meraih simpati dari mereka yang melihatnya. Ia adalah salah satu manfaat yang selalu disalahguna oleh sesorang yang suka mengambil kesempatan. Selain itu Tagisan juga dapta menunjukkan rasa simpati terhadap orang lain. Luahan simpati seperti menangis kerana melihat kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana alam. Simpati boleh diterima atau diberi melalui tangisan.

MENANGIS UNTUK KESIHATAN DIRI

Air mata adalah agen anti-bakteri semulajadialami. Enzim Lysozym dalam air mata cukup kuat untuk membunuh bakteri yang ada di sekitar mata. Ia adalah faedah yang terbaik untuk manusia. Menangis untuk kehidupan yang lebih sihat. Maka cubalah untuk menangis demi kesihatan diri.

WHY PEOPLE CRY

People cry, not because they're weak. It's because they've been strong for too long. Baca juga Titis Air Misteri Rahsia Air Mata di Air Mata Sebagai Penawar.Beyond the door, there's peace I'm sure and I know there'll be no more. Tears in heaven. Menangislah sekiranya kita berpeluang melakukannya. Namun sebelum itu, pastikan ia adalah air mata yang sejati.

info dari: sini

Tiada ulasan: